I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 16 April 2012

Gold Time With Friends at Pantai Cahaya Bulan Resort

PCB Resort
15 April 2012, seramai 16 orang form 5 SMKAF 2011 telah berkelah di PCB Resort, Kota Bharu. Gempak jugak lah. Dengan 13 buah motosikal ngan 16 orang, memang kecok resort tuh. Haha.

Bertolak dalam pukul 12.30, sampai sana dalam pukul 1 lebih kot. Sampai je, nak check in tak boleh sebab dia nak 20 tahun ke atas baru boleh check in. Hampeh betol. Kitorang dah la datang dari jauh pastu tak boleh masuk pulak. Bincang punya bincang, akhirnya bos dia bagi jugak check in tapi kena bayar deposit RM80. Dah la sewa dorm kat situ dah RM140, campur deposit RM80 lagi dah jadi RM240 semalaman. Ni dah CEKIK DARAH! Nak tak nak terpaksa gak bayar sebab dah jalan jauh.

Dorm dia OK la. Tak teruk sangat, tak cantik sangat. Cuma TV takde. Tu yang frst sikit. At least, dalam dorm ade AIRCOND. Tak la panas sangat. Lepas letak barang-barang kitorang jalan-jalan jap kat tepi pantai PCB. Pantai dia bersih je, air pun cantik. Cuma kat sini tak boleh mandi pantai sebab merbahaya. Ada curam kat pantai dia.

Berjalan-jalan di PCB.

Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.


Petang tu nak try test mandi resort ni punya swimming pool. Sume dah excited gile nak berenang ni. Sampai kat kolam, penjaga kolam cakap nak mandi kena bayar RM4 sorang. Dia ingat ni taman tema air ke apa nak kena bayar. Memang cekik darah lah. Tak jadi nak mandi kolam, kami pun membawa hati yang luka ini ke kedai makan untuk memujuk diri. Wakaka.

Muka frust sebab tak dapat mandi kolam. Hahaha!


Malam tu memang best. Ade BBQ siot! Ada ayam, sausage, kerpok, cekedis, bihun, air bikarbonat dan memacam lagi lah. Kitorang pesta malam tuh. Aku makan 3 ketul ayam je. Tu pun dah naik senak perut ni. Lepas BBQ ada yang nak pergi tengok bola kat kedai mamak.Aku tak pergi sebab terlal kenyang lantas pergi tido terus di dalam keheningan aircond.

BBQ Ayam, BBQ Sausage, Macam-macam ada...


Esok pagi lepas sarapan, kitorang kebulur sangat nak mandi kolam. Bayar jugak la RM4. Hahaha. Dapat mandi dalam 2 jam pastu dah penat dah. RM4 bukan apa sangat pun yang penting MASA YANG DILUANGKAN DENGAN KAWAN-KAWAN. 

As a conclussion, I have a great day with you guys. Hopefully, kite dapat buat camni lagi pade masa hadapan... Best Friend Forever~!



Monday 19 March 2012

77 days of Thrill and Hard in PLKN



Oh Yeah! Akhirnye, aku berjaya menghabiskan Program Latihan Khidmat Negara yang berlangsung selama 77 hari di KEM PLKN DESA RIMBA, CHENDEROH, KUALA KANGSAR, PERAK. Sejujurnye lah kan, sebaik saje aku tau aku telah dipilih menyertai program ni, happy ade ...xhappy pon ade. Yelah, happy laa sebab dah terbayang macam-macam benda yang best seperti menembak, Flying Fox, dan memacam lagi. Bukan nye calang-calang orang dapat maen benda tu sume. Parents aku xgalakkan sangat aku pergi. Tapi suke xsuke terpaksa pegi gak sebab takot kene tangkap POLIS! hahaha..

Ni la die Kem PLKN aku.
31 Disember 2011, pukul 11.59 malam, mase sume orang dok busy sambut New Year, aku plak dok sibuk kemaskan baju dan persiapan nak pegi PLKN esok pagi. Memacam bende aku bawak. Nak penuh beg aku tuh. Baju, seluar, kain sarung... sume aku sumbat dalam sebijik beg je. Tu tak kire makanan ag tuh. Keropok, jajan, air kotak... perghh! Tapi sebenarnya bawa baju sikit cukup ah. Sebab tak gune pun.

Peralatan yang perlu dibawa lebih kurang macam ni lah:
1. Peralatan mandi macam ubat gigi, berus gigi, sabun dan sebagainya.
2. Banyakkan bawa baju berkolar. Sebab peraturan sane kene pakai baju berkolar je. Dalam 3-4 helai cukup   la. Baju tak berkolar baek xpayah bawak. Boleh pakai nak tido je. 1-2 helai dah cukup.
3. Seluar trak pn same. Tak gune pn kat sane. Bawak 1-2 helai cukup ah untuk pakai mase tido.
4. Seluar dan pakaian dalam wajib bawak ahh... haha.
5. Pakaian untuk sembahyang pun kene bawak. Macam kopiah tu xwajib, tapi lebih baik bawak. Baju Melayu banyak gune kat sane. 2-3 helai pun dah cukup sebab pakai mase Maghrib je.
6. Sabun basuh perlu bawak. Walaupun kat sane ade disediakan DOBI, tapi tu untuk basuh pakaian PLKN jer.. pakaian sendiri, basuh sendiri!
7. Barang-barang lain macam makanan dan sebagainya.
8. Telefon bimbit. Lebih baik bawak ar. Senang nak contact parents kalau ade ape-ape. Memang ar jurulatih amek tepon kite, tapi hujung minggu dorang bagi blek. Trust me, aktiviti kat sane memang banyak giler sampai korang nak gune tepon pn xsempat. Lebih baik jurulatih tolong jage daripade hilang entah ke mane.

1 Januari 2012, awal pagi lagi aku bangun. Dalam kul 5.30 kot. Yelah... excited la katakan.. haha. Aku buat recheck sume barang-barang yang aku bawak. Pas final check, berangkat lah aku ke PERHENTIAN BAS TESCO, KOTA BHARU, KELANTAN dalam pukul 10 pagi sebab 10.30 dah nk gerak. Sampai situ, ramai gile orang. Kene daftar plak dalam sesak-sesak tuh, campur ngan hujan plak... memang KAW lah. Dalam pukul 11.00 pagi baru bas gerak. Sedih gak ar terpaksa tinggal family. Huhu. Perjalanan memang jauh. Brape kali ak tido dalam bas. Akhirnya sampai gak kat kem lebih kurang pukul 4.00 petang.

Wahh! Sampai je kat kem tu, aku terpegun tengok kebersihan dan keindahan kawasan kem. Cantik, bersih, kemas, sedap mata memandang. Background kem tu plak ade bukit yang menghijau~ Perghh!
Tasik untuk aktiviti air. Tenang dan damai je...
Turun je bas, aku kena beratur untuk daftar, pengagihan kompeni dan pembahagian dorm kat Dewan Jati @   dewan makan. Mase ni tak kenal lagi jurulatih-jurulatih (cikgu-cikgu) kat sini. Sume nampak garang je. Macam nak makan orang. Tapi bile dah lame duduk kem, dorang ni sporting jer sebenarnya... Aku masuk kompeni BRAVO, dan dorm MERBAU. Lepas abes sume, aku try usha dorm dia.. kemas, tersusun. 

Dewan Jati / Dewan makan

Suasana dalam dorm yang kemas dan tersusun.


Persekitaran luar dorm yang bersih tanpa sampah.